Klik je..!

Selasa, 29 Mac 2011

Kuih Deram @ Telinga Keling @ Cucur Peneram

Produk terbaru ...sesiapa yang teringin n berminat nak cuba boleh la calling2 ye... sms pun ok.







Cara makan kuih deram... hehe (model berbayar)


Muffin lagi..

Muffin ni dioder oleh kak chik semperna hari ulang tahu anak bujangnya, muffin ni nak dibawa ke sekolah. Harap berpuas hati ye... insyallah sedap.



Cup size 2"...


Ni la hasilnya...

Setelah dipacking..

Kelas Muffin #1

Pertama kali kelas muffin ni dibuat.. kelas ni mmg simple kejap je siap 2 jenis muffin, blueberry muffin n coklat chip muffin. Lepas ni boleh la ubah2 perisa sendiri ikut kreativiti masing2. Kepada sue,masihah,kak chik n kizee,tq very much sebb sudi belajar ngan saya. Mari kita tgk hasilnya... jeng jeng jeng.


Meja kecik kesian... insyallah next time cari meja beso skit.

Kelas pertama yg dihadiri oleh pn masihah...terpampar waja kecerian nya. hehe



Seronok ar tgk semangat diorg ni semua... 

Setelah diagih kesemua harta pusaka hehe...

Bukan main lagi muffin2 diorg ni... buat terliur

ni dia... ibu2

Dgn gaya masing2 caya la..... 

Khamis, 24 Mac 2011

Donut Gebuzz

Donut ni saja je buat sbb sebelum buat tak dpt tektur mcm yg diidamkan..(lembut mcm org dulu2 buat)
So cubalah buat guna kreativiti sendiri dan byk buat research kat tenet. So ini lah hasilnya..lembut sampai keesokkan harinya.Tak sia2 mencuba...kalau dah berjaya baru puas hati. so budak2 opis,housemate n sesaper je yg dpt rasa donut ni pasti puas hehe... ok mari kita membelek gambar2 ye..
sesaper nak tempah pun boleh..



Setelah di terap dgn acuan

Siap utk di agih2kan ...


emm.. tgk pic je dah terasa kat tekak


Halus tul tektur dia... alhamdulilah. Mak! anakmu berjaya. :)

Selasa, 22 Mac 2011

Chocolate Spread

Ha... ni plak hasil produk terbaru blog saya, boleh buat sapu kat roti,biskut atau boleh makan begitu saja, sekali cuba pasti nak lagi...try la. harga berpatutan. Nak tempah boleh la sms.email atau call saja no tel. saya.
Tak perlu bayar mahal2 utk produk yg tak pasti halalnya. 100% buatan org islam




Pekat n Lazat...

Puding Roti Berkismis :)

Puding Roti, simple tapi sedap.. sesaper yg nak try rasa boleh la order... harga ada dlm list sebelah.
Pembikinannya banyak menggunakan telur.







Isnin, 21 Mac 2011

Tips Membuat Roti

Melarutkan yis

Yis yang dibeli perlu dilarutkan bertujuan untuk mengaktifkan yis supaya ia bersedia untuk menjalankan proses penapaian terhadap adunan tepung.
Jika anda menggunakan yis segar dan beku, anda cuma perlu pecahkan yis tadi di dalam mangkuk dan campurkan sedikit gula (sumber makan yis) dan sedikit susu suam. Tiada penambahan air diperlukan. Campuran yis tadi sesuai digunakan jika ia mula berbuih dan kembang.
Jika anda menggunakan yis kering, anda perlu larutkan dalam air suam yang bercampur sedikit gula. Kalau nak letak susu pun boleh jugak. Campuran harus diletakan di tempat hangat untuk mengaktifkan yis. Apabila yis sudah berbuih, ia boleh digunakan. Air suam perlu diletakkan jika anda menggunakan yis kering, kerana ia amat memerlukan air berbanding yis basah yang hanya memerlukan sedikit susu suam sahaja.

Mengadun doh

Cara yang betul dan terbaik ialah menggunakan mangkuk. Masukan bahan kering seperti tepung, garam, gula bersama-sama. Bahan cecair pula seperti larutan yis, sus, air, telur, mentega diletakan ditengah tengah barang kering tadi (maknanya buatkan lubang di tengah tepung). Kacaukan sehingga sebati dengan senduk.

Menguli pertama kali

Adunan tadi perlu diuli untuk melembutkan doh dan yis bertindakbalas. Jika anda menggunakan mesin, ia memerlukan masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk menjadikan doh kenyal. Jika mengguli dengan tangan, hasil adalah lebih baik walaupun masa yang diperlukan adalah tidak kurang dari 20 minit. Sesetengah chef yang menguli doh dengan tangan melakukannya sehingga tangan lenguh.
Apabila menguli dengan tangan, gunakan papan pencanai dan bukannya mangkuk. Taburkan sedikit tepung pada papan. Apa yang anda lakukan ialah lipat doh ke arah anda dan tolak doh ke depan dengan tapak tangan. Pusingkan doh dan ulang proses beberapa kali dengan arah yang sama. Jangan menggunakan arah berlainan setiap kali menguli kerana ia akan menyebabkan yis tidak tersebar sekata di dalam doh.

Mengembangkan doh

Doh perlu dikembangkan sebelum dibakar. Apabila mengembangkan doh, biarkan ia dalam keadaan bulat. Jangan membentukkan doh kepada bentuk-bentuk yang tidak senonoh kerana ini makanan.
Doh harus ditutup dengan plastik yang bersapu margerin untuk mengelakan doh tadi kering dibahagian luarnya. Jika ini berlaku, doh tadi tidak akan mengembang.
Doh yang baik akan mengembang kepada saiz 2 kali ganda saiz asal dan masa yang diambil adalah 30 - 90 minit.

Menguli semula dan membentuk

Doh tadi walaupun telah mengembang masih belum boleh dibakar kerana ia belum menepati tekstur yang sesuai untuk dipanggil roti. Apa yang anda perlu lakukan ialah meletakkan doh pada papan pencanai dan leperkannya dengan menekan pemumbuk anda. Uli kembali selama 2 minit dan bolehlah dibentukkan kepada bentuk yang anda suka. Untuk roti kismis dan lain-lain yang berinti, masukkannya sekarang.

Mengembang kali kedua

Dalam proses ini yis masih aktif dan masih boleh mengembangkan doh tadi. Proses masih sama seperti tadi. Kalau anda mahu sekaranglah masanya untuk meletakkan kismis, kacang, gula perang dan bahan lain di atas doh.

Membakar

Cara yang betul ialah memanaskan dahulu ketuhar anda sehingga suhu 240°C dan apabila suhu telah dicapai, barulah masukan doh tadi. Jika anda memasukan doh dahulu baru panaskan ketuhar, doh tadi akan menjadi keras di sebelah luar (membentuk kulit) dan apabila doh hendak berkembang, kulit tadi akan menghalangnya.
Selepas 15 minit, suhu ketuhar harus diturunkan kepada 190°C dan bakar lagi hingga masak. Roti yang masak akan kelihatan kosong bila dijentik.

Ahad, 20 Mac 2011

Kelas Popcake #1

Popcake!! emm memang sedap n menarik, sekali mkan pasti nak lagi...
Kelas kali ni direquest oleh member2 opis, diorg ni mmg rajin n berminat nak belajar. Terima kasih la diucapkan.. lepas ni dah boleh buat kan hantaran utk sedara mara,sahabat andai. memang tak rugi belajar.
Jom tgk gambar2 mereka.

dihadir oleh Kak chik(ngn addin),As,Kizee n azza (isteri aizat)

Ibu..nak buat (addin dok nak buat sama) dah besar nanti jadi chef ye dik hehe.

Ini la rupa isi perutnya.. :)


As ngn mini mickey mouse nya.. (azim jgn makan hati ye kekeke)

Hasil Lolipop Cake... cute gile. Cikgu tgk pun makan hati haha

Hasil pertama

Hasil ke 2

Hasil ke 3

Hasil ke 4

Khamis, 17 Mac 2011

Kelas Cheese Tart

Dah lama betul simpan pic2 ni .. maklum la sblm ni mana ada blog kan... kira masih belum terlambat la ek sy nak publish gambar2 diorg ni. Ini lah kelas paling ramai student, hehe... rumah sy ni kecik je...tapi kitorg tetap ceria nak buat cheese tart ni, mintak maaf la banyak2 ye...

minta maaf lel bebanyak ..mmg lupa nama mak cik ni,n akak sorang ni. 
sorry dayah tak ingat nama mak kamu. :) Makcik ni pun byk ilmu dia ada..mcm2 benda yg di borak kan dgn dia. Next time boleh ajar saya pulak ye..


Ha yang ni memang best... peserta dr indonesia Pak Anang,yg sebelahnya khalid..sarawak mari.
pak didi dr indonesia juga, ayie n wife (amy). 


ceria...

Bantu membantu menyiapkan task yg diberi hehe

Cool n steady... dah ke singapore diam2 ya..

masam ke dik? dayah edc n anak


Hasil utk dibawa pulang... end

Kelas Cupcake 2

Kelas cupcake ni di 'request' oleh cik dayah n Pn ubai, hampir2 jugak kelas ni dibatalkan atas sbb ubai ni demam last2 minit. tp tq la sbb sudi gak dtg setelah dipujuk oleh cik dayah... hehe
gambar ni dah lama tp baru nak upload. tak pe kita layan je ye..



Hasil kreativiti akhirnya siap gak..


posing2..

ni ubai punya..nyum nyum

ni dayah yg punya haha... cute