Klik je..!

Memaparkan catatan dengan label Glosary. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Glosary. Papar semua catatan

Isnin, 21 Mac 2011

Tips Membuat Roti

Melarutkan yis

Yis yang dibeli perlu dilarutkan bertujuan untuk mengaktifkan yis supaya ia bersedia untuk menjalankan proses penapaian terhadap adunan tepung.
Jika anda menggunakan yis segar dan beku, anda cuma perlu pecahkan yis tadi di dalam mangkuk dan campurkan sedikit gula (sumber makan yis) dan sedikit susu suam. Tiada penambahan air diperlukan. Campuran yis tadi sesuai digunakan jika ia mula berbuih dan kembang.
Jika anda menggunakan yis kering, anda perlu larutkan dalam air suam yang bercampur sedikit gula. Kalau nak letak susu pun boleh jugak. Campuran harus diletakan di tempat hangat untuk mengaktifkan yis. Apabila yis sudah berbuih, ia boleh digunakan. Air suam perlu diletakkan jika anda menggunakan yis kering, kerana ia amat memerlukan air berbanding yis basah yang hanya memerlukan sedikit susu suam sahaja.

Mengadun doh

Cara yang betul dan terbaik ialah menggunakan mangkuk. Masukan bahan kering seperti tepung, garam, gula bersama-sama. Bahan cecair pula seperti larutan yis, sus, air, telur, mentega diletakan ditengah tengah barang kering tadi (maknanya buatkan lubang di tengah tepung). Kacaukan sehingga sebati dengan senduk.

Menguli pertama kali

Adunan tadi perlu diuli untuk melembutkan doh dan yis bertindakbalas. Jika anda menggunakan mesin, ia memerlukan masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk menjadikan doh kenyal. Jika mengguli dengan tangan, hasil adalah lebih baik walaupun masa yang diperlukan adalah tidak kurang dari 20 minit. Sesetengah chef yang menguli doh dengan tangan melakukannya sehingga tangan lenguh.
Apabila menguli dengan tangan, gunakan papan pencanai dan bukannya mangkuk. Taburkan sedikit tepung pada papan. Apa yang anda lakukan ialah lipat doh ke arah anda dan tolak doh ke depan dengan tapak tangan. Pusingkan doh dan ulang proses beberapa kali dengan arah yang sama. Jangan menggunakan arah berlainan setiap kali menguli kerana ia akan menyebabkan yis tidak tersebar sekata di dalam doh.

Mengembangkan doh

Doh perlu dikembangkan sebelum dibakar. Apabila mengembangkan doh, biarkan ia dalam keadaan bulat. Jangan membentukkan doh kepada bentuk-bentuk yang tidak senonoh kerana ini makanan.
Doh harus ditutup dengan plastik yang bersapu margerin untuk mengelakan doh tadi kering dibahagian luarnya. Jika ini berlaku, doh tadi tidak akan mengembang.
Doh yang baik akan mengembang kepada saiz 2 kali ganda saiz asal dan masa yang diambil adalah 30 - 90 minit.

Menguli semula dan membentuk

Doh tadi walaupun telah mengembang masih belum boleh dibakar kerana ia belum menepati tekstur yang sesuai untuk dipanggil roti. Apa yang anda perlu lakukan ialah meletakkan doh pada papan pencanai dan leperkannya dengan menekan pemumbuk anda. Uli kembali selama 2 minit dan bolehlah dibentukkan kepada bentuk yang anda suka. Untuk roti kismis dan lain-lain yang berinti, masukkannya sekarang.

Mengembang kali kedua

Dalam proses ini yis masih aktif dan masih boleh mengembangkan doh tadi. Proses masih sama seperti tadi. Kalau anda mahu sekaranglah masanya untuk meletakkan kismis, kacang, gula perang dan bahan lain di atas doh.

Membakar

Cara yang betul ialah memanaskan dahulu ketuhar anda sehingga suhu 240°C dan apabila suhu telah dicapai, barulah masukan doh tadi. Jika anda memasukan doh dahulu baru panaskan ketuhar, doh tadi akan menjadi keras di sebelah luar (membentuk kulit) dan apabila doh hendak berkembang, kulit tadi akan menghalangnya.
Selepas 15 minit, suhu ketuhar harus diturunkan kepada 190°C dan bakar lagi hingga masak. Roti yang masak akan kelihatan kosong bila dijentik.

Jumaat, 11 Mac 2011

Glosary/Keterangan

Harap dapat membantu,

All Purpose Flour (Tepung gandum serbaguna) - Tepung gandum protin sederhana yang sesuai untuk membuat pelbagai jenis masakanseperti kuih-muih, kek dan sebagainya.

Batter - Adunan tepung yang telah dicampur air atau susu.Ia berbentuk cecair.

Bake (bakar) -Memasak makanan mentah dalam ketuhar menggunakan haba kering.

Baking Powder (serbuk penaik) - agen penaik yang digunakan untuk membuat kek,biskut, roti dan lain-lain.Double action baking powder bertindak 2 kali lebih kuasa dan sesuai untuk produk kukus supaya naik dengan lebih cantik.Sesuai juga untuk produk bakar.

Baking Soda (soda bikarbonat) - adalah sejenis kimia beralkali yang digunakan untuk membuat kek atau kuih yang berasid sepertikek pisang, kek lobak ,buah-buahan, koko, madu , gula hangus dll.Iamenutralkan asid dan menjadikan kek ringan dan kembang.

Bain-Marie - Juga disebut Water Bath @ Steam Bath. Kita meletakkan satu dulang berisi air dibawah tin kek.Kedua-duanya dimasukkan sekali ke dalam ketuhar. Dengan cara ini,kek masak perlahan dari haba air dan tidak berkerak. Sesuai untuk memasak kastad dan kek keju.

Bread Improver - Bahan pembaik doh yang menjadikan roti tahan lama,lembut dan sedap.Bread Softener - Bahan serbuk putih yang memberi lebih kelembutan pada kek. Untuk roti komersil, kedua-dua bahan ini dimasukkan dalam adunan roti.

Buttercream (krim mentega) - Sejenis krim dimana mentega dipukul bersama gula aising atau sirap gula hingga menjadi ringan dan gebu. Kemudian ia digunakan untuk menyalut kek.

Buttermilk (susu masam) - Jarang didapati di pasaran tempatan.Buttermilk dibuat dari susu segar yang dipanaskan dan dicampurkan 1 sudu teh cuka atau jus lemon. Kacau dan biarkan 5 minit hingga ia pekat seperti yogurt.

Chemical Leavening (bahan penaik kimia) - digunakan dalam industri bakeri untuk menghasilkan produk yang gebu, ringan dan naik dengan cantik. Bahan penaik ini terdiri dari soda bikarbonat, serbuk penaik dan serbuk krim tartar.

Cream of Tartar (serbuk krim tartar)- garam dari asid tartarik yang digunakan untuk menstabilkan putih telur yang telah dipukuldan juga digunakan sebagai bahan penaik dalam kek.

Coklat Couverture - Coklat semulajadi yang manis danbermutu tinggi. Ia tidak mengandungi lemak campuran.

Cooking chocolate (coklat masakan) - Coklat jenis inisering digunakan dalam indusri bakeri. Ia mudah beku pada suhu bilik dan sering digunakan untuk saduran biskut atau sebagai ganache pada kek.

Cupcakes (kek cawan) - Kek kecil yang diisi dalam cawan kertas dan dibakar dalam tin pembakar muffin. Adunan kek cawan boleh dibuat dari kek span, kek mentega atau muffin.

Creaming (mengkerim) - Proses memukul mentega dan gula hingga menjadi gebu dan putih . Kaedah ini dilakukan untuk membuat kekmentega.

Confectioners Sugar (gula aising) - gula paling halus seperti serbuk yang telah ditambah sedikit tepung jagung. Gula jenis ini sering digunakan untuk membuat krim mentega dan lain-lain jenis aising.

Chiffon Method (Kaedah Sifon) - Kaedah membuat kek dimana putih telur dan sebahagian gula dipukul hingga kental.Kemudian disatukan dengan bahan-bahan lain.

Coco Butter (mentega koko)- Lemak putih yang didapati dari coklat semulajadi dan digunakan untuk mengurangkan kepekatan coklat.

Double Boiler - Mencairkan coklat, mentega atau krim keju dengan menggunakan haba dari air yang panas. Caranya ialah panaskan air di dalam sebuah periuk atau kuali. Letakkan mangkuk atau periuk kecil berisi coklat diatasnya. Kacau hingga coklat cair