Klik je..!

Jumaat, 11 Mac 2011

Glosary/Keterangan

Harap dapat membantu,

All Purpose Flour (Tepung gandum serbaguna) - Tepung gandum protin sederhana yang sesuai untuk membuat pelbagai jenis masakanseperti kuih-muih, kek dan sebagainya.

Batter - Adunan tepung yang telah dicampur air atau susu.Ia berbentuk cecair.

Bake (bakar) -Memasak makanan mentah dalam ketuhar menggunakan haba kering.

Baking Powder (serbuk penaik) - agen penaik yang digunakan untuk membuat kek,biskut, roti dan lain-lain.Double action baking powder bertindak 2 kali lebih kuasa dan sesuai untuk produk kukus supaya naik dengan lebih cantik.Sesuai juga untuk produk bakar.

Baking Soda (soda bikarbonat) - adalah sejenis kimia beralkali yang digunakan untuk membuat kek atau kuih yang berasid sepertikek pisang, kek lobak ,buah-buahan, koko, madu , gula hangus dll.Iamenutralkan asid dan menjadikan kek ringan dan kembang.

Bain-Marie - Juga disebut Water Bath @ Steam Bath. Kita meletakkan satu dulang berisi air dibawah tin kek.Kedua-duanya dimasukkan sekali ke dalam ketuhar. Dengan cara ini,kek masak perlahan dari haba air dan tidak berkerak. Sesuai untuk memasak kastad dan kek keju.

Bread Improver - Bahan pembaik doh yang menjadikan roti tahan lama,lembut dan sedap.Bread Softener - Bahan serbuk putih yang memberi lebih kelembutan pada kek. Untuk roti komersil, kedua-dua bahan ini dimasukkan dalam adunan roti.

Buttercream (krim mentega) - Sejenis krim dimana mentega dipukul bersama gula aising atau sirap gula hingga menjadi ringan dan gebu. Kemudian ia digunakan untuk menyalut kek.

Buttermilk (susu masam) - Jarang didapati di pasaran tempatan.Buttermilk dibuat dari susu segar yang dipanaskan dan dicampurkan 1 sudu teh cuka atau jus lemon. Kacau dan biarkan 5 minit hingga ia pekat seperti yogurt.

Chemical Leavening (bahan penaik kimia) - digunakan dalam industri bakeri untuk menghasilkan produk yang gebu, ringan dan naik dengan cantik. Bahan penaik ini terdiri dari soda bikarbonat, serbuk penaik dan serbuk krim tartar.

Cream of Tartar (serbuk krim tartar)- garam dari asid tartarik yang digunakan untuk menstabilkan putih telur yang telah dipukuldan juga digunakan sebagai bahan penaik dalam kek.

Coklat Couverture - Coklat semulajadi yang manis danbermutu tinggi. Ia tidak mengandungi lemak campuran.

Cooking chocolate (coklat masakan) - Coklat jenis inisering digunakan dalam indusri bakeri. Ia mudah beku pada suhu bilik dan sering digunakan untuk saduran biskut atau sebagai ganache pada kek.

Cupcakes (kek cawan) - Kek kecil yang diisi dalam cawan kertas dan dibakar dalam tin pembakar muffin. Adunan kek cawan boleh dibuat dari kek span, kek mentega atau muffin.

Creaming (mengkerim) - Proses memukul mentega dan gula hingga menjadi gebu dan putih . Kaedah ini dilakukan untuk membuat kekmentega.

Confectioners Sugar (gula aising) - gula paling halus seperti serbuk yang telah ditambah sedikit tepung jagung. Gula jenis ini sering digunakan untuk membuat krim mentega dan lain-lain jenis aising.

Chiffon Method (Kaedah Sifon) - Kaedah membuat kek dimana putih telur dan sebahagian gula dipukul hingga kental.Kemudian disatukan dengan bahan-bahan lain.

Coco Butter (mentega koko)- Lemak putih yang didapati dari coklat semulajadi dan digunakan untuk mengurangkan kepekatan coklat.

Double Boiler - Mencairkan coklat, mentega atau krim keju dengan menggunakan haba dari air yang panas. Caranya ialah panaskan air di dalam sebuah periuk atau kuali. Letakkan mangkuk atau periuk kecil berisi coklat diatasnya. Kacau hingga coklat cair

Tiada ulasan: